Wednesday, 14 October 2015

PANAS!!! David Teo Berang Dengan Atikah Suhaime...

David Teo kesal dengan sikap pelakon Atikah Suhaime yang seolah-olah lupa asal usul.

Ini selepas Atikah bertindak menyindir pihak media dengan menyenaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang wartawan di Instagram.


Belum Matang

Bagi David teo, Atikah Suhaime masih belum matang dalam menjawab kontroversi selain kurang pengalaman sebagai seorang artis.

Ini komen David Teo:

"Pada saya kenyataan dibuat Atikah menerusi Instagram berhubung isu dengan pihak media itu adalah kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan tidak matang.

"Dia seharusnya lebih rasional dalam menghadapi sesuatu isu tetapi mungkin juga perkara itu berlaku kerana MIG belum cukup mendidiknya,"

Angkara Video Panas

Atikah mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas dikatakan berang apabila wartawan menanyakan soalan mengenai gosip tentang perkara peribadi mengenai dirinya.

Terdahulu dalam laporan akhbar mingguan Ahad lalu, Atikah dan aktor Ammar Alfian menafikan mereka melakukan hubungan terlarang bersama seorang lagi artis iaitu Idris Khan.

Dalam pada itu, David berkata, Atikah seharusnya perlu bersikap rendah diri, bersyukur selain bersopan dalam tutur kata sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial.

Akan Ajar Dia

David menambah akan berjumpa Atikah Suhaime dan akan meng"ajar"nya tentang sikapnya itu.

"Saya akan 'ajar' dia! kerana MIG tidak pernah mengajar artis-artis kami bersikap sedemikian,"

"Tidak adil sekiranya saya mengulas perkara tersebut (video panas) tanpa mendengar penjelasan daripada Atikah terlebih dahulu.

"Sebab itu saya ingin berjumpa dengannya bagi mendapatkan cerita sebenar,"

"Gosip berkenaan saya sudah dengar sejak beberapa bulan lalu dan ada cuba meminta salinan video itu namun sehingga ke hari ini tiada pihak tampil mengemukakan bukti,"

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive