Sunday, 18 October 2015

MENGEJUTKAN!!! Doktor Sangka Ada Ketumbuhan, Setelah Dibedah, Apa Yang Keluar Drai Kaki Lelaki Ini Amat Mengejutkan!!!

Macam Tak Percaya!! Doktor Sangka Ada Ketumbuhan, Setelah Dibedah, Apa Yang Keluar Dari Kaki Lelaki Ini Amat Mengejutkan! | Video ini buatkan anda terkejut,kerana ada cecair hitam keluar dari badan lelaki ini yang tersimpan dalam badan selama 38 tahun.


Menurut perbualan mereka lagi, lelaki tersebut pernah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun tiada tindakan lanjut diambil walaupun lelaki tersebut meminta bisul itu dibedah. Tambahnya, bisul itu telah tumbuh (berbintik) sejak dia lahir lagi.

                               

 Sumber

Bini derhaka!!!! Tak dapat tidur hotel, Isteri sanggup langgar suami sendiri.

Bini derhaka sanggup ‘lenyek’ suami selepas si suami tanak melayan kehendak dia. Gangster betul bini lelaki ni kann!


Lelaki tu difahamkan sekarang ni terpaksa terdampar kat hospital sebulan lebih kerana patah bahu kiri, paha kanan dan cedera kat tempurung lutut selepas digilis tayar kereta yang dibawa oleh bini derhaka tu.

Difahamkan, kejadian tu berlaku di Pantai Telok Mok Nik. Si suami yang berusia 34 tahun dari Negeri Sembilan berkunjung ke pantai tu tersebut kerana dikatakan nak berjumpa dengan bini dia yang dok menunggu.

Masa dalam kereta tu si bini minta la suami dia cari tempat nak bermalam kat bandar tu, tapi si suami bagi alasan kata dia sibuk dan menunggu kawan nak balik ke Seremban.

Disebabkan tu tercetus la pergaduhan besar antara diorang sampaikan bini lelaki tu bertindak berani ‘dera’ lelaki dia macam tu sekali. Ganas juga kalau perempuan dah ‘meletup’ cenggini kan, buat sesuatu diluar dugaan. Huhuhuuhuuu..

Sumber

GEMPAR!! Budak jatuh atas kereta dari tingkat 5 tidak cedera..

Beijing: Seorang budak perempuan berusia dua tahun terselamat dan tidak cedera selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat lima.


Ibu budak itu dipercayai meninggalkan anaknya yang tidur di rumahnya di tingkat lima yang terletak di daerah Nansha di wilayah Guangzhou dekat sini.

Apabila budak itu bangun dia berjalan ke balkoni sebelum memanjat satu tong gas yang diletakkan di tepi dinding balkoni.

Secara tiba-tiba budak itu tergelincir dari ketinggian 20 meter lalu menghempap sebuah kereta sebelum jatuh ke jalan raya.

Kejadian itu menyebabkan bumbung kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan berkenaan kemik.

Seorang jiran dikenali sebagai Wu berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi benda jatuh yang kuat pukul 8 pagi (waktu tempatan).

“Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat seorang budak perempuan terbaring di atas jalan raya.

“Budak perempuan itu tidak menangis dan dia perlahan-lahan melutut serta cuba berdiri,” katanya.

Selepas beberapa minit, ibu kanak-kanak itu pulang dan terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber

TRAGIS!!! LPT2 ‘makan’ dua nyawa lagi..

KEMAMAN – Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mengorbankan dua nyawa lagi selepas dua beranak terbunuh apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki merempuh penghadang jalan di susur keluar Plaza Tol Cheneh, LPT2 malam kelmarin.


Ia menjadikan jumlah mang­sa korban di LPT2 sejak dibuka dua tahun lalu sudah mence­cah 75 orang.

Kejadian tragis sekitar pukul 11 malam itu berlaku tidak sampai lima hari selepas tragedi enam sekeluarga maut sele­pas kereta Toyo­ta Camry yang dinaiki terbabas sewaktu hujan lebat di KM258.8, LPT2 dekat Kemaman Rabu lalu.

Dalam nahas ter­baharu malam kel­marin, seorang pe­neroka Felda, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh di lokasi kejadian selepas kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.

Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu mereka, Anis Sazli Zaitun, 14, yang turut berada di dalam kereta itu mengalami kecede­raan pada muka dan badan.

Menurut sumber, empat beranak itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Baru Cheneh selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Terengganu bertemu Kedah di rumah adik ipar mereka di Kampung Ibok di sini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hasan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di lokasi berkenaan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh yang tiba di lokasi itu kira-kira pukul 11.30 malam mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa.--Kosmo



PANAS!!! Atikah Suhaime tutup mulut! Video luc@hnya bersama aktor Ammar Alfian bersama model terkenal, Idris Khan..

NAMA pelakon ini boleh dikategorikan masih hijau dalam industri hiburan. Bernaung di bawah syarikat pengurusan Metrowealth International Group (MIG), pemilik nama Atikah Suhaime ini mula mencipta nama menerusi drama Bila Hati Berbicara.


Namun dalam kerancakannya mencipta nama, timbul dua isu kurang enak berkaitan pelakon yang berasal daripada Singapura ini.

Pertama adalah berkaitan dakwaan video lucahnya bersama aktor Ammar Alfian bersama model terkenal, Idris Khan.

Biarpun sudah menafikan sekeras-kerasnya mengenai video tersebut, nama Atikah kembali menjadi perhatian selepas dia bertindak menyindir pihak media menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Enggan pula memperbesarkan isu itu, Atikah kini mengambil jalan selamat dengan bertindak untuk mengunci mulut dan tidak menjawab apa-apa berkaitan kontroversi yang melandanya.

"Maaf, saya tak dapat jawab," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Zass.

Berkongsi perkembangannya, Atikah berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem Alien Planet Cinta bersama Osman Ali.

Katanya, menerusi telefilem berkenaan, dia bukan sahaja berlakon, tetapi juga menyanyi.
"Selain telefilem bersama Osman Ali, saya juga akan ke Indonesia selepas ini untuk menjalani penggambaran sebuah lagi telefilem,

"Manakala drama terbaru lakonan saya, Alaa... Bib sedang ditayangkan di TV3.
"Selain itu, lagu saya Jatuh Dari Langit sudah boleh dimuat turun daripada iTunes," ujarnya.

Sumber

Sayu!!! Kisah Kemalangan SEDIH… Ibu SANGGUP Menyusukan Bayinya Yang LAPAR Sebelum Hembus NAFAS TERAKHIR !!!

Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir,pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.


Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah…

Sedihnya Cerita ini, buatkan jantung berdetak laju, air mata mengalir membasahi pipi. Inilah ibumu wahai anak, tidak sanggup lihatmu berlapar walau nyawa ibu semakin hampir di ambil.

Sumber

PANAS!!! Isu Gambar Berbi-kini, Ini Jawapan Nora Danish....

Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya memetik Mstar.


“Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya,” ujarnya pada kapsyen gambar tersebut.

Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini.

“Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua.

“Tolonglah beri saya rehat,” tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.

Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial.

Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut.


“Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali.

“Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Sumber

Popular Posts

Blog Archive