Apabila budak itu bangun dia berjalan ke balkoni sebelum memanjat satu tong gas yang diletakkan di tepi dinding balkoni.
Secara tiba-tiba budak itu tergelincir dari ketinggian 20 meter lalu menghempap sebuah kereta sebelum jatuh ke jalan raya.
Kejadian itu menyebabkan bumbung kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan berkenaan kemik.
Seorang jiran dikenali sebagai Wu berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi benda jatuh yang kuat pukul 8 pagi (waktu tempatan).
“Saya terus keluar dari rumah dan terkejut melihat seorang budak perempuan terbaring di atas jalan raya.
“Budak perempuan itu tidak menangis dan dia perlahan-lahan melutut serta cuba berdiri,” katanya.
Selepas beberapa minit, ibu kanak-kanak itu pulang dan terus membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber
0 comments:
Post a Comment