Sunday 18 October 2015

TRAGIS!!! LPT2 ‘makan’ dua nyawa lagi..

KEMAMAN – Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mengorbankan dua nyawa lagi selepas dua beranak terbunuh apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki merempuh penghadang jalan di susur keluar Plaza Tol Cheneh, LPT2 malam kelmarin.


Ia menjadikan jumlah mang­sa korban di LPT2 sejak dibuka dua tahun lalu sudah mence­cah 75 orang.

Kejadian tragis sekitar pukul 11 malam itu berlaku tidak sampai lima hari selepas tragedi enam sekeluarga maut sele­pas kereta Toyo­ta Camry yang dinaiki terbabas sewaktu hujan lebat di KM258.8, LPT2 dekat Kemaman Rabu lalu.

Dalam nahas ter­baharu malam kel­marin, seorang pe­neroka Felda, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh di lokasi kejadian selepas kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.

Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu mereka, Anis Sazli Zaitun, 14, yang turut berada di dalam kereta itu mengalami kecede­raan pada muka dan badan.

Menurut sumber, empat beranak itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Baru Cheneh selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Terengganu bertemu Kedah di rumah adik ipar mereka di Kampung Ibok di sini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hasan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di lokasi berkenaan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh yang tiba di lokasi itu kira-kira pukul 11.30 malam mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa.--Kosmo



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive