Sunday, 18 October 2015

Fuhh..Remaja Zaman Sekarang!!! Remaja perempuan 16 tahun sanggup buat laporan palsu terhadap bapa sendiri..

Remaja perempuan 16 tahun sanggup buat laporan palsu terhadap bapa sendiri kerana ditegur tak senonoh dan sering bergaul dengan lelaki


Akibat berang ditegur bapanya kerana berkelakuan tidak senonoh dan sering bergaul dengan lelaki, seorang remaja perempuan nekad membuat laporan palsu mendakwa bapanya memukul serta menyerangnya dengan parang.

Tindakan remaja berusia 16 tahun itu menyebabkan bapanya berusia 40-an ditahan polis untuk siasatan, namun dibebaskan tidak lama kemudian selepas mendapati remaja itu berbohong.

Sumber polis berkata, remaja itu mendakwa bapanya menyerang dia dan rakannya ketika pulang ke rumah di Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu memetik Harian Metro.

“Dalam laporan itu kononnya dia bersama rakan lelakinya hampir ditetak bapanya dengan parang selain motosikal milik remaja lelaki itu dibakar.

“Gadis terbabit turut mendakwa dilastik bapanya dengan batu hingga terkena tangan remaja lelaki,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan awal polis mendapati remaja terbabit mendakwa bapanya itu panas baran dan sering memukul dia serta neneknya, selain pernah mengugut membunuh dua beranak itu.

“Remaja terbabit membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga bimbang dirinya dicederakan bapanya pada masa akan datang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive