Sekiranya anda up-to-date dengan isu-isu semasa dunia, anda tentu anda pernah melihat gambar yang pernah viral ini.
Tetapi sekiranya anda terlepas, gambar ini merupakan satu gambar yang pernah viral sebelum ini di media sosial yang menceritakan seorang suami menyaman isterinya kerana mendapat anak yang hodoh selepas berkahwin.
Selepas tiga tahun, akhirnya wanita di dalam gambar tersebut yang juga seorang model, Heidi Yeh, tampil memberikan cerita sebenar.
Di dalam satu sidang media yang dibuat oleh Heidi Yeh, dia berkata sejak gambar itu viral, dia seolah-olah hidup di dalam neraka kerana payah mendapat kerja dan juga dikeji oleh orang ramai sehingga ada yang memanggilnya plastik.
Yeh berkata sebenarnya gambar itu adalah gambar dari sesi photoshot yang dibuat untuk sebuah klinik kosmetik dan dia cuma model untuk gambar itu.
Pada awalnya, klinik itu cuma bersetuju untuk menggunakan gambar itu di dalam iklan bercetak namun tidak lama selepas itu, klinik tersebut mula menggunakan gambar yang sama di dalam iklan online. Selepas itu, gambar tersebut menjadi viral di media sosial.
Iklan itu berbunyi “Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak“.
Keadaan menjadi semakin parah apabila berita palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya kerana mengeluarkan anak yang hodoh mula disiarkan oleh tabloid Heilongjiang. Tabloid itu meletakkan gambar ‘keluarga Yeh’ di dalam artikel tersebut.
Sejak dari itu, Yeh menjadi viral di seluruh dunia dan menjadi bahan jenaka orang ramai.
Yeh kini dalam proses untuk menyaman agensi pengiklanan yang terlibat dan juga klinik kosmetik tersebut sebanyak 785,000 yuan atau RM 514,000.
Sumber
0 comments:
Post a Comment